Friday, March 4, 2011

The Unsung Heroes

Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

Dr. Burhanuddin dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Taiping, Perak. Ayahnya berasal dari Minangkabau, Indonesia. Kehadirannya di bumi bertuah ini memberi sumbangan bermakna kepada politik Malaysia justeru beliau terlibat secara langsung dalam perjuangan menuntut kemerdekaan sejak sebelum pendudukan Jepun.
Beliau merupakan lulusan Medical Doctor of Homoeopathy (M.D.H) dari Ismeliah Medical College, Hydrabad, India. Selain itu, beliau juga menerima ijazah Doctor of Naturopathy (N.D) daripada School of Naturopathy, London dan Doctor of Divinity daripada International Academy Canada. Beliau juga merupakan ahli International Federation of Naturopath (I.F.N) dan Homoeopathic Physician Association(H.P.A., London).



Siapa Dr Burhanuddin Al-Helmy?

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayusebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.



Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka, Bersatu padulah segenap baka, Membela hak keadilan pusaka.
- Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Kongres Kebangsaan PKMM

itu serba sedikit mengenai tokoh perjuang yg tak dilagukan.banyak lg cerita,kisah mengenai dr buhanuddin al helmy.insyallah dilain masa.


Pada malam gerimis itu aku bilang padamu “Kalau kau mahu menyelami jiwa Melayu, kau perlu tahu al-Quran dan Sufisme” di situlah intijiwanya.
- Kemala, Kuala Lumpur, 1982



jasamu dalam ingatan jiwa ku.THE UNSUNG HEROES


*MEMANG AKU RADIKAL BERHALUAN KIRI..HEHE

No comments:

Post a Comment